CopyFX adalah platform pelaburan perdagangan salinan dimiliki oleh kumpulan RoboForex.
 

24/7
Live Sokongan

Penambahbaikan persekitaran dagangan dan perubahan dalam sebut harga.

29.09.2016 / 11:53

Kepada Pedagang dan Pelabur yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan anda bahawa disebabkan permintaan yang tinggi untuk akaun ECN-Pro NDD berasaskan MetaTrader5 dan pertumbuhan kukuh bagi akaun jenis ini, Syarikat telah memutuskan untuk menggunakan nama instrumen perdagangan bagi akaun tersebut seperti akaun standard (tanpa ".e" postfix).

Untuk meningkatkan kebolehgunaan akaun ECN-Pro NDD MT5 dan memudahkan operasi anda dengan Expert Advisor serta perkhidmatan isyarat, kami merancang untuk melaksanakan perubahan kepada jenis akaun berikut:

Selepas penutupan pasaran pada Jumaat, 30 September, 2016:


  • Semua kedudukan akaun demo MT5, dibuka pada instrumen dengan penanda tanpa postfix atau dengan ".e" dan ".f" postfixes, akan ditutup pada sebut harga pasaran terakhir.
  • Pembukaan akaun ECN-FixSpread NDD MT5 dan Demo Fix MT5 tidak akan tersedia. Akaun jenis ini yang dibuka sebelumnya akan ditukar kepada akaun Demo ECN-Pro NDD MT5.

Pada Isnin, 3 Oktober,2016:


  • Semua instrumen dalam platform MT5 tanpa postfixes akan ditukar kepada mod pelaksanaan pasaran dengan spread terapung. Instrumen ini masih boleh didapati untuk dagangan pada akaun ECN-Pro NDD MT5.
  • Kedudukan ECN-Pro NDD MT5 akan ditukar kepada instrumen dengan tiket tanpa postfixes. Akaun Fix-Standard MT5 akan ditukar kepada akaun ECN-Pro NDD MT5. Pembukaan akaun Fix-Standard MT5 tidak akan tersedia.
  • Kedudukan Fix-Cent MT5 akan ditukar kepada instrumen dengan ".m" postfix. Akaun Fix-Cent MT5 akan ditukar ke akaun Pro-Cent MT5. Pembukaan akaun Fix-Cent MT5 tidak akan tersedia.
  • Kedudukan ECN-FixSpread NDD MT5 akan ditukar kepada instrumen dengan tiket tanpa postfixes. Akaun ECN-FixSpread NDD MT5 akan ditukar kepada akaun ECN-Pro NDD MT5. Pembukaan akaun ECN-FixSpread NDD MT5 tidak akan tersedia.
  • Sebelum pembukaan pasaran, semua instrumen dengan spread sifar (*.z) pada semua pelayan akan ditukar kepada mod "Tertutup Sahaja".

Selepas penutupan pasaran pada Jumaat, 7 Oktober, 2016:


  • Semua kedudulan dalam instrumen dengan spread sifar (*.z) pada semua pelayan akan ditukar kepada instrumen standard. Komisen akan dipampaskan. Instrumen perdagangan dengan spread sifar tidak akan tersedia.

Sila, ambil kira perubahan ini apabila merancang aktiviti dagangan anda. Kami mengesyorkan anda untuk melaraskan tetapan Expert Advisor anda dan mengubah suai kedudukan terbuka dan pesanan yang belum selesai dalam tempoh masa yang diberikan.

Salam hormat,
CopyFX